Gambar hiasan

RIYADH – Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa ekspatriat yang melanggar syarat mendapatkan permit haji akan dikenakan denda SAR20,000, diusir keluar serta dikenakan larangan memasuki Kerajaan Arab Saudi selama 10 tahun.

Ia menegaskan bahawa mendapatkan permit haji rasmi merupakan syarat asas untuk menunaikan ibadah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu menggesa semua pihak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi musim haji 1447H/2026M serta bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji. Ia turut memaklumkan bahawa pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, kementerian berkenaan menyeru orang ramai melaporkan pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, serta 999 di seluruh wilayah lain di negara itu.

— BERNAMA-SPA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast