Muhammad Adam Khairul Izwan

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Puchong sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Muhammad Adam Khairul Izwan semalam kira-kira pukul 9.04 pagi.

Menurut beliau, remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di alamat No. 4, Lot 126, Jalan Kempas, Kampung Tengah Batu 13, Puchong pada Ahad.

“Berdasarkan maklumat, mangsa merupakan seorang remaja lelaki Melayu dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berat 60 kilogram.

“Dia berkulit hitam manis, berambut pendek hitam, berhidung kembang, bermata bulat serta berbibir tebal,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast