Asyraf Wajid Dusuki dan Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama di Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan politik negeri serta kesejahteraan rakyat.

Menerusi kenyataan bersama, mesyuarat yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut memutuskan untuk menghormati pendirian yang telah dibuat oleh kedua-dua Biro Politik UMNO dan PH berhubung isu di negeri berkenaan.

Selain itu, majlis berkenaan bersetuju bahawa sebarang keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang berpotensi mencetuskan sensitiviti atau membuka ruang perselisihan perlu segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH.

Ketetapan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast