ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan berhubung cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pembentangan tersebut dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama lima hari yang berakhir hari ini di Bangunan Sultan Ismail di sini.
Menurut Onn Hafiz, menerusi proses tersebut, jumlah 56 ADUN Johor ketika ini akan bertambah menjadi 61 ADUN pada masa akan datang.
“ADUN ini tidak dilantik melalui proses pilihan raya sebaliknya dilantik bagi melengkapkan komposisi sedia ada.
“ADUN yang dilantik hendaklah mendapat perkenan raja (Sultan),” katanya.- MalaysiaGazette
















