LONDON – Penghibur sensasi Colombia, Shakira melancarkan lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2026 berjudul Dai Dai semalam yang turut menampilkan penyanyi Nigeria, Burna Boy.
Penyanyi berusia 49 tahun itu memuat naik video pendek lagu berkenaan di Instagram dari Maracana Stadium, Brazil di mana lagu terbabit bakal dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei ini.
Dalam video itu, Shakira muncul bersama sekumpulan penari yang mengenakan pakaian berwarna pasukan negara yang bakal beraksi pada Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.
Video sama turut memaparkan bola rasmi Piala Dunia edisi 2006, 2010 dan 2014 yang dipercayai sebagai simbolik kepada penglibatan besar Shakira dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Bintang pop Latin itu sebelum ini pernah menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan menerusi lagu popular Waka Waka (This Time for Africa).
Shakira juga pernah membuat persembahan menerusi lagu Hips Don’t Lie pada Piala Dunia 2006 di Jerman dan La La La pada edisi 2014 di Brazil. – Agensi
















