Foto: Defense Department

WASHINGTON – Kumpulan pertama fail UFO yang dikeluarkan oleh Jabatan Perang Amerika Syarikat (AS) mengandungi gambar dari permukaan Bulan yang diambil semasa misi Apollo 12 dan didakwa memaparkan “fenomena tidak dikenal pasti”, menurut dokumen yang dilihat Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.

Terdahulu pada hari sama, Pentagon mengumumkan pelepasan awal fail yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan fenomena anomali tidak dikenal pasti.

Foto: Defense Department

Dokumen itu merangkumi beberapa gambar yang diambil dari permukaan Bulan semasa misi Apollo 12.

Imej berkenaan menunjukkan objek kecil seperti titik. Pihak berkuasa bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci apakah objek yang dirakam itu, sebaliknya hanya merujuknya sebagai “fenomena tidak dikenal pasti.” – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast