Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

SHAH ALAM – Pemuda Pas Selangor membidas dakwaan pihak tertentu kononnya larangan penternakan babi di negeri itu akan menyebabkan komuniti penternak tersebut kebuluran dan hilang punca pencarian.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar menegaskan, sebaliknya masih ramai rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup khususnya pemandu e-hailing yang masih tidak mendapat keadilan.

“Ramai lagi yang lapar kat luar sana, bukan penternak babi sahaja. Ada kawan-kawan kita bawa e-hailing yang berhempas pulas untuk teruskan hidup sebab insurans kenderaan e-hailing yang sangat mahal, kena habiskan beribu modal awal.

“Sepatutnya perut-perut yang lapar ini dijaga daripada beberapa orang penternak babi,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar bercakap pada sidang media Himpunan Daulat Tuanku 2026 susulan beberapa siri tindakan dan kenyataan pemimpin DAP yang didakwa tidak menghormati kedaulatan Institusi Diraja di Pejabat Pemuda PAS Selangor, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 Mei 2026.

Sukri juga mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor melihat semula keutamaan dari segi menjaga kebajikan rakyat dan bukannya kecil komuniti penternak babi semata-mata.

“Takkanlah sebelum ini untung berjuta-juta, keuntungan sampai RM20 juta yang dihasilkan, tiba-tiba penternak babi lapar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pemuda Pas Selangor tiada halangan jika Kerajaan Negeri Selangor mahu membantu penternak babi dengan mengusahakan haiwan ternakan halal.

“Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor nak bantu mereka, lorongkan supaya daripada menternak babi kepada menternak lembu, okay lah.

“Saya rasa tak ada masalah, baguslah inisiatif itu, memberi jalan lain untuk mereka bertahan hidup, tapi kalau nak bantu mereka ternak lagi babi sebab mereka lapar, ini tidak munasabah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.