Mahasiswa Keadilan Malaysia dilihat bergolak selepas tidak sependapat mengenai sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin PKR. Terdahulu melalui Facebook rasminya, MKM mendakwa sebahagian besar ahli majlis pimpinan yang menang pemilihan beberapa hari lalu hilang kepercayaan terhadap PKR yang dipimpin Anwar.















