Jho Low Fat Leonard
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan sedang mengemukakan permohonan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Memetik laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa, permohonan itu difailkan dalam tempoh beberapa minggu lalu, mengikut sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.

Jika permohonan itu diluluskan, ia akan menggugurkan semua pertuduhan jenayah yang dihadapi Jho Low di AS.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa laman web Jabatan Keadilan (DOJ) AS menyenaraikan satu permintaan yang masih dalam proses di bawah nama Taek Jho Low.

“Menurut laporan itu, butiran permohonan tersebut dikategorikan sebagai “Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman” (Pardon after Completion of Sentence) yang difailkan tahun ini.

“Menurut laporan itu, butiran permohonan itu dikategorikan sebagai “Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman” (Pardon after Completion of Sentence) yang difailkan tahun ini,” demikian seperti dilaporkan menerusi portal Berita Harian online hari ini.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung laporan tersebut.

Jho Low sehingga kini kekal menjadi individu yang dikehendaki untuk dibawa pulang bagi menghadapi proses pengadilan di negara ini berkait siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Nama ahli perniagaan itu juga sudah disenarai sebagai individu dikehendaki kategori notis merah oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1MDB dan sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa ahli perniagaan itu pulang.

Jho Low bukan sahaja dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes penyelewengan dana 1MDB, tetapi juga adalah saksi penting perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast