Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pelakon terkenal yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Datuk Fan Bingbing dalam mempromosikan Malaysia menerusi industri perfileman antarabangsa.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Fan Bingbing merupakan pelakon Mother Bhumi iaitu sebuah filem Malaysia arahan anak tempatan, Chong Keat Aun
yang juga pengarah tersohor yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

Filem itu turut dibintangi dibintangi pelakon antarabangsa Natalie Hsu (Hong Kong), Bai Run-yin (Taiwan), Pearlly Chua (Johor), Alvin Wong dan Pauline Tan (Selangor) serta Rithaudin (Sabah).

Filem itu juga membawa pengiktirafan antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaiannya di pentas perfileman dunia termasuk Golden Horse Awards, Tokyo International Film Festival dan Far East Film Festival.

Difahamkan sesi mengadap Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Selasa lalu.

Hadir sama, Wong Kew Soon, penerbit Mother Bhumi, Chong Keat Aun dan Jersey Chong, pengurus Fan Bingbing yang juga anak kelahiran Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast