Seorang lelaki tersepit selepas lori muatan telur dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Kilometer 202 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di Melaka awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang lelaki tersepit selepas lori muatan telur dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Kilometer 202 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 3 pagi itu, lori jenis Isuzu lima tan membawa muatan telur dipercayai melanggar bahagian belakang lori Nissan 14 tan yang membawa muatan tar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohammad Hafidzatullah Rashid berkata, seramai 10 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati mangsa lelaki berusia 23 tahun yang memandu cedera akibat tersepit, manakala rakannya berusia 31 tahun turut cedera selain seorang lelaki 53 tahun selamat.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans St. John untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.57 pagi dan turut dibantu pihak polis. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast