JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil enggan melayan pertanyaan media berkenaan sidang akhbar yang akan dibuat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, esok.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam sidang akhbar hari ini menjawab secara sambil lewa dan bersahaja apabila diminta memberikan komen berhubung sidang akhbar Rafizi itu.
“Mehhh…six seven,” katanya ringkas apabila diajukan soalan berkenaan dalam sidang akhbar selepas melawat persiapan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Rabu lalu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memberitahu, beliau bersama-sama bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan sidang akhbar berhubung hala tuju politik mereka, esok. – MalaysiaGazette
















