Sultan Ibrahim ketika menerima kunjungan Anwar dan Shamsul Azri di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap berkenaan berlangsung di Istana Negara.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Namun, butiran lanjut mengenai perkara yang dibincangkan dalam sesi menghadap berkenaan tidak didedahkan.

Hantaran tersebut turut dimuat naik bersama beberapa keping gambar memperlihatkan pertemuan antara Agong dan Perdana Menteri.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri,” menurut hantaran itu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast