Foto: AFP

BANGKOK – Pemandu kereta api dalam kes perlanggaran tren-bas Bangkok didapati positif dadah, lapor media Thailand pada Ahad, menurut Xinhua.

Pada petang Sabtu, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Wilayah Chachoengsao ke Bang Sue di Bangkok bertembung dengan sebuah bas di persimpangan kereta api di tengah-tengah Bangkok, mencetuskan kebakaran disertai bunyi dentuman.

Beberapa kereta dan motosikal lain turut terlibat. Kemalangan itu telah menyebabkan lapan kematian dan 32 kecederaan. Kesemua yang maut ialah penumpang dalam bas tersebut.

Keputusan ujian air kencing yang lebih terperinci bagi pemandu kereta api dan juru isyarat lintasan kereta api akan diumumkan secara rasmi pada Isnin, dan kakitangan berkaitan akan didakwa, kata polis Thailand. – BERNAMA-XINHUA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast