KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (DAPSY) memuji tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengambil pendekatan menyeimbangkan dasar kerajaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan etika perubatan.
Katanya, tindakan KKM itu adalah profesional dan mencerminkan keprihatinan kementerian terhadap kepelbagaian bahasa di negara ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan penjelasan yang diberikan KKM berhubung isu tular Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Berbahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak, baru-baru ini.
“DAPSY menegaskan bahawa majoriti rakyat Malaysia sememangnya mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dan lancar.
“Namun begitu, hak untuk memperoleh maklumat kesihatan yang tepat tidak seharusnya dinafikan bagi sebahagian kecil masyarakat yang tidak fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DAPSY turut menegaskan bahawa penggunaan bahasa lain dalam sektor kesihatan tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada Bahasa Melayu, sebaliknya bertujuan memastikan kefahaman pesakit, khususnya golongan warga emas yang kurang fasih bahasa kebangsaan.
Menurutnya, etika perubatan mengutamakan penyampaian maklumat kesihatan yang tepat bagi menyelamatkan nyawa, justeru bahasa perlu berfungsi sebagai jambatan komunikasi dan bukan penghalang.
Kenyataan itu turut merujuk kepada pengalaman ketika pandemik COVID-19, apabila penggunaan pelbagai bahasa dalam proses saringan dan komunikasi kesihatan dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan usaha memerangi wabak.
DAPSY bagaimanapun menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kekal kukuh dan tidak boleh dipertikaikan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun penggunaan bahasa tambahan dalam situasi tertentu adalah keperluan praktikal di lapangan.
“Ancaman sebenar terhadap Bahasa Melayu bukanlah penggunaan bahasa tambahan di klinik, tetapi sikap segelintir pihak yang memainkan isu ini secara politik tanpa memahami realiti kerja petugas kesihatan,” menurut kenyataan. – MalaysiaGazette

















Rakyat Malaysia tapi tidak fasih bahasa kebangsaan?? Bodoh punya DAP
..Aku tak kisah pasal babi²,.Yang aku kesah,UMNO masih bodoh kah?Atau UMNO ni sudah kena minyak pengasih..
semua urusan badan kerajaan wajib menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai medium. Rasanya ianya jelas.
Tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia adalah memahami dan mendalami penggunaan Bahasa Malaysia sebagai pengantara.
Pihak berwajib perlu tegas