Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bercakap pada sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor bersama Polis Bantuan MAHB menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja bernilai RM12.6 juta di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 MEI 2026

KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Kanan dari Jabaran Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor maut selepas dipercayai jatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat mengenai kejadian berlaku pada 3.07 pagi tadi.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara menunggu hasil bedah siasat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Dalam masa yang sama, Shazeli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast