Pasukan Malaysia beraksi menentang pasukan India pada akhir acara kuadran yang berkesudahan skuad negara memenangi dengan mata 2-0 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2026.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara atas kejayaan menewaskan India 2-0 sekali gus menjulang Piala Dunia Sepak Takraw dalam acara kuadran.

“Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang digelar Home of Sepak Takraw itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast