Gambar kejadian ihsan IPD Rompin

KUANTAN – Seorang wanita Orang Asli meninggal dunia manakala anaknya berusia enam tahun parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di kilometer 64 Jalan Ibam-Rompin, Rompin.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira  4.45 petang semalam.

“Ketika kejadian, lori Rigid dipandu lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari arah Selendang, Rompin menghala ke arah Muadzam Shah.

“Bagaimanapun, ketika sampai di lokasi kejadian, dipercayai enjin lori secara tiba-tiba berhenti dan mengakibatkan stereng lori menjadi berat ke sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sharif Shai, kejadian itu menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

Akibat rempuhan itu, mangsa bernama Normala A/P Siti, 31 dan anaknya yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah, Rompin.

“Namun, ketika mendapatkan rawatan kira-kira jam 7.45 malam, wanita itu dilaporkan meninggal dunia. Anaknya turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu lori tersebut, namun kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast