ISTANBUL – Sebanyak 41 daripada 53 aktivis yang mengalamai kecederaan daripada gerakan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital di Istanbul, Anadolu Ajansi melaporkan pihak berkuasa Turkiye pada Jumaat.
Aktivis berkenaan tiba di Türkiye menaiki tiga penerbangan Turkish Airlines (THY) yang mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada Khamis selepas ditahan Israel susulan pemintasan flotila membawa bantuan itu di perairan antarabangsa.
Penumpang yang cedera dipindahkan dari lapangan terbang ke hospital di seluruh bandar untuk rawatan.
Pihak berkuasa berkata 12 aktivis masih dirawat di hospital, termasuk sembilan menerima rawatan di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, manakala tiga dimasukkan ke Hospital Latihan dan Penyelidikan Bakirkoy Dr. Sadi Konuk.
GSF cuba untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan ke enklaf itu apabila ia dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. – BERNAMA-ANADOLU
















