Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri Pantai Timur yang terlibat ialah Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Pantai Barat Semenanjung pula, keadaan sama dijangka melanda keseluruhan negeri Melaka serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast