LOGO BARU TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR- Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis) di Hospital King Abdul Aziz, Makkah jam 5.40 petang, Khamis lalu.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, lelaki berusia 77 tahun itu berasal dari Machang, Kelantan hadir ke tanah suci isteri ke tanah suci.

Allahyarham adalah jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer, merupakan jemaah Malaysia yang kesembilan meninggal dunia di Makkah pada Musim Haji 1447H/2026M.

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Makkah untuk dikebumikan.

“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya dalam kenyataan, malam ini. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast