Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Amaran sama turut melibatkan Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selain seluruh negeri Terengganu.

Di Pahang pula, kawasan terjejas ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Selain itu, beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor turut diramal mengalami cuaca buruk termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat selain Labuan.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk berikutan risiko banjir kilat, pokok tumbang serta jalan licin akibat hujan lebat dan angin kencang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast