KUALA LUMPUR – Bekalan ternakan bagi Hari Raya Aidiladha mencukupi untuk keperluan seluruh negara, demikian jaminan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Insya-Allah bekalan ternakan bagi Hari Raya Aidiladha 2026 di seluruh negara adalah mencukupi untuk keperluan seluruh negara,” tulisnya menerusi hantaran du Facebook, hari ini.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.
Sebelum ini, Mat Sabu turut memberi jaminan akan memantau kenaikan harga bekalan makanan khususnya sayur-sayuran di beberapa lokasi termasuk Kelantan dan Lembah Klang.
Katanya, sehingga kini tiada kenaikan harga mendadak bagi bekalan makanan tersebut. – MalaysiaGazette
















