KUALA LUMPUR – Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam yang disyaki lemas dihanyutkan arus Sungai Bernam Kg Sungai Nilam, Hulu Selangor ditemui meninggal dunia 4.36 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman enam meter sungai sejauh 300 meter tempatnya jatuh.

Difahamkan, jasad mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai rekod, kanak-kanak lelaki itu dilapor hilang disyaki lemas di selepas bermain di tebing sungai, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam pukul 1.45 petang semalam daripada seorang perempuan Melayu.

Kanak-kanak itu disyaki lemas di selepas bermain di tebing sungai.

Terdahulu, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki itu diperluas hingga tiga kilometer sebelum jasadnya ditemui.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast