Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun disyaki lemas dihanyutkan arus sungai di Kampung Sungai Nilam, Gedangsa semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam pukul 1.45 petang semalam daripada seorang perempuan Melayu.

Kanak-kanak itu disyaki lemas di selepas bermain di tebing sungai.

“Pakaian mangsa semasa kejadian ialah baju lengan pendek berwarna merah jambu dan seluar pendek berwarna hitam,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, IPD Hulu Selangor membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa tersebut.

“Operasi bermula 2 petang sehingga 7 malam. Ekoran keadaan cuaca semakin gelap dan akan disambung hari ini melibatkan 48 kekuatan daripada pelbagai agensi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Hulu Selangor di talian 03-60641222.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast