Serangan Iran ke atas kepentingan AS di Kuwait. - Foto: AFP

ISTANBUL – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata awal Isnin, pihaknya menyerang pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) yang didakwa digunakan untuk melancarkan serangan ke atas menara telekomunikasi di Pulau Sirik di selatan wilayah Hormozgan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr Iran.

Menurut IRGC dalam kenyataan yang dipetik Mehr, Pasukan Aeroangkasanya menyasarkan dan memusnahkan pangkalan tentera AS yang melancarkan operasi terhadap kemudahan komunikasi itu.

IRGC berkata serangan itu dilakukan beberapa jam selepas serangan AS yang dilaporkan dan mendakwa semua sasaran yang ditetapkan telah mengena.

Pasukan itu juga memberi amaran bahawa sebarang serangan lanjut akan mencetuskan tindak balas “berbeza dalam skala dan sifat,” sambil menambah tanggungjawab untuk sebarang peningkatan ketegangan akan terletak pada AS.

Tiada komen daripada pihak berkuasa AS mengenai dakwaan Iran setakat ini.

Pulau Sirik terletak berhampiran Selat Hormuz yang strategik dan penting. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast