Fahmi Fadzil

BATU PAHAT – Kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangguhkan sebelum dijadualkan diadakan pada 14 hingga 16 Ogos ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mengadakan mesyuarat bulanan di sini petang ini.

“Kongres Tahunan Keadilan yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026.

“Lokasinya dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiap siagaan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Biro Politik juga katanya, melantik Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR.

“Ini bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat Pusat,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast