Gambar media sosial

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia untuk menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan ekoran gempa bumi kuat yang melanda selatan Filipina awal pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan berikutan gempa bumi dan menyatakan doa bersama rakyat Filipina.

“Saya juga sedar impak yang dirasakan lebih dekat dengan gegaran melanda bahagian Sabah, Malaysia.

“Saya memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan memantau keadaan dengan teliti, dan perkhidmatan kecemasan kami berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya,” ujarnya.

Menurut Anwar, Malaysia dan Filipina adalah rakan rapat dan rakan kongsi ASEAN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast