Gambar hasil rampasan bungkusan daun ketum dan air ketum oleh BSJN IPD Kuantan

KUANTAN – Seorang penganggur dicekup bersama lebih 400 liter air ketum dan 27 kilogram daun ketum ketika serbuan pihak polis ke sebuah rumah di Tanah Putih di sini kira-kira 8.10 malam pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai memproses air ketum itu secara berseorangan di garaj rumah yang disewa terbabit.

Katanya, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kuantan turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses dan membungkus air ketum termasuk tong simpanan, periuk memasak, dapus gas, penimbang elektronik dan bungkudan plastik berisi air ketum siap diproses.

“Jumlah nilai keseluruhan ketum yang dirampas adalah RM27,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan ujian saringan awal ke atas suspek didapati negatif.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan tempoh suspek sehingga 9 Jun dijangka akan disambung bagi menyelesaikan siasatan.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast