Gambar rampasan air ketum ihsan IPD Rompin

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan bersama 300 bungkus air ketum ketika serbuan polis ke sebuah rumah di Kampung Tekek, Pulau Tioman dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bersama anggota Markas Taktikal Pasukan Polis Marin (MARTEK) Wilayah 3 Tanjung Gemok.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 300 bungkus air ketum yang kemudiannya dirampas dengan anggaran nilai RM3,000. Suspek yang berasal dari Indonesia, merupakan pemastautin tetap di kawasan pelancongan ini pernah direkodkan mempunyai kesalahan serupa dua tahun lepas,”katanya.

Sharif Shai berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah agar tampil menyalurkan maklumat.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast