Lelaki yang tular selepas dipercayai memandu secara melulu menggunakan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna oren di sekitar Seberang Jaya semalam, direman empat hari.
Perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Bukit Mertajam, Savinder Singh Jugindar Singh bermula hari ini sehingga 12 Jun depan.















