YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah. 13 Jun 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” kata beliau dalam catatan di Facebook.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast