Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud bercakap kepada media selepas melakukan sesi lawatan ke sekitar perumahan Awam Seri Sarawak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

KUALA LUMPUR – Isu warga asing termasuk etnik Rohingya termasuk masalah gelendangan di ibu kota tidak boleh ditangani Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara bersendirian.

Sebaliknya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, ia memerlukan kerjasama bersepadu di antara agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Isu ini tidak boleh ditangani bersendirian oleh pihak DBKL. Isu berkaitan Rohingya, warga asing termasuk gelandangan, kita boleh bekerjasama dengan semua agensi untuk DBKL memainkan peranannya dan agensi-agensi lain juga memainkan peranannya masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Turun Padang ke Perumahan Awam Seri Sarawak dan Perumahan Awam Jalan Loke Yew.

Turut hadir bersama program itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Jelas Fadlun, setiap agensi mempunyai peranan dan bidang kuasa masing-masing yang tidak boleh dilaksanakan sendiri oleh DBKL.

“Kalau kita (DBKL) sahaja tangkap, ada agensi lain perlu ambil tindakan seterusnya,” katanya.

Baru-baru ini, isu etnik Rohingya hangat diperkatakan sejurus selepas kediaman dan penempatan haram di Hulu Langat dikesan.

Penempatan sekitar bangunan flat yang didakwa dibina secara tidak sah oleh warga asing etnik Rohingya sedang dalam proses perobohan.

Dilaporkan, flat kediaman haram etnik itu dibina di atas tanah milik persendirian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast