Bekas ahli Pertubuhan Ikram Malaysia Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah lebih RM98 juta.
Fakhrudin Abd Karim, 57 tahun, membuat pengakuan selepas semua pertuduhan mengambil masa selama dua jam dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.















