Toyo Tires melancarkan kempen "Goal Fest 2026" di pasaraya AEON terpilih di seluruh negara sempena keghairahan musim Piala Dunia 2026.

KUALA LUMPUR – Kempen Goal Fest 2026 anjuran Toyo Tires di pasar raya AEON terpilih di seluruh negara sempena musim Piala Dunia dianjurkan bagi meraikan prestasi, inovasi dan ganjaran kepada pelanggan selaras dengan komitmen Toyo Tires dalam menyediakan produk yang memenuhi keperluan mobiliti moden.

Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Keishi Inoue berkata, kempen itu dilaksanakan ketika permintaan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV) meningkat lebih 300 peratus dalam tempoh empat tahun lalu.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, jenama tersebut mengetengahkan Proxes Comfort yang dilancarkan pada Januari lalu bagi melengkapkan barisan produk dengan tumpuan kepada keselesaan mewah untuk mobiliti moden.

“Bagi menyambut musim bola sepak yang meriah ini, pelanggan yang membeli mana-mana tayar daripada siri Proxes Comfort atau Open Country HT II akan menerima Botol Sukan Hidrasi Thermos Eksklusif Premium bersama pouch selagi stok masih ada.
Bagi menyambut musim bola sepak yang meriah ini, pelanggan yang membeli mana-mana tayar daripada siri Proxes Comfort atau Open Country HT II akan menerima Botol Sukan Hidrasi Thermos Eksklusif Premium bersama pouch.

Menurut beliau, kilang Toyo Tires di Malaysia bukan sekadar pusat pembuatan malah berperanan sebagai platform pembangunan negara yang menjana peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast