Zaliha Said dipeluk oleh keluarganya selepas pengebumian jenazah Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari. foto BERNAMA

KLUANG – Ibu jenazah Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak  sebelum upacara pengkebumian tengah hari tadi.

Zaliha Said, 56, ditenangkan ahli keluarga sebelum memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.

Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, dilihat berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba itu.

Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pukul 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya di Taman Sri Lambak di sini sebagai persinggahan terakhir.

Jenazah kemudian dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah yang diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).

Kira-kira 200 terdiri ahli keluarga, sanak saudara serta jiran dan anggota tentera.

Suasana sedih menyelubungi pekarangan rumah keluarga mangsa yang tiba dari sekitar pukul 12.10 tengah hari.

Dalam kejadian pukul 10.57 pagi semalam, Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.

Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast