Warga Rohingnya bersama kenderaan yang disita oleh JPJ Kedah semalam. - Foto JPJ Kedah

GURUN – Sebuah kereta yang dipercayai merupakan harta pusaka milik individu yang telah meninggal dunia disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah selepas dikesan dipandu seorang lelaki Rohingya dalam Ops PeWA di KM2 Jalan Guar Nenas-Gurun, semalam. 

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu terbabit gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kenderaan jenis Kia Sephia itu tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan telah tamat tempoh sejak Mac 2023.

Menurut JPJ, semakan mendapati pemilik berdaftar kenderaan berkenaan telah meninggal dunia.

Siasatan awal percaya kenderaan itu telah dijual atau diserahkan kepada warga asing tanpa urusan pertukaran hak milik yang sah.

Susulan pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan, kenderaan terbabit telah disita dan dihantar ke Depoh Sita JPJ untuk tindakan lanjut.

JPJ menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras penggunaan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara selain meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang pengangkutan jalan. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa Malaysia tidak buat hingga maksima..
    RAMPAS,SITA,LUPUS..
    Pemilik sebenar temasuk kedai yg jual pada warga asing,penyewa kenderaan pada warga asing hendaklah di denda maksima Rm25k dan penjara 2 tahun ( jika libat kemalangan lebih berat)..
    Kenderaan yg di rampas tak akan di kembalikam,di lelong sebagainya,ia akan terus di lupus,.
    Orang politik yg gubal undang² pon tak mo buat,takut ilang duit tepi.
    Tak akan buat undang² begini,banyak nak makan nasi sama² kan..

Comments are closed.