Menteri Besari Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menunjukkan buku Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) sempena Majlis Pelancaran JETP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor perlu sedar pentingnya melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tanggungjawab tersebut akan membolehkan mereka menentukan masa depan negeri termasuk meneruskan segala usaha yang sedang dilaksanakan.

“Pilihan di tangan rakyat Bangsa Johor. Sama ada mahu meneruskan pelan pembangunan Maju Johor ataupun memilih haluan yang lain.

“Kita sudah berada di pertengahan perjalanan. Asas telah dibina dan hasilnya sudah mula dilihat. Kini tanggungjawab kita adalah memastikan perjalanan ini sampai ke garisan penamat,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran JETP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon manakala 7 Julai pula adalah hari mengundi awal.

Sementara itu, 11 Julai pula ditetapkan sebagai hari mengundi bagi PRN Johor ke-16. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast