Allahyarham Datuk Kamil Misuari.

KUALA LUMPUR – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak esok.

“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya Kuching untuk memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching,” demikian menurut kenyataan itu malam ini.

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast