Pemain Mexico meraikan jaringan yang dihasilkan Luis Romo ketika menentang Korea Selatan dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2026. Foto FB Sport Vibe.

GUADALAJARA – Tuan rumah bersama, Mexico muncul pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Guadalajara hari ini.

Kejayaaan Mexico itu susulan layak sebagai juara Kumpulan A walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Menamatkan saingan sebagai juara kumpulan membolehkan Mexico kekal beraksi di laman sendiri pada pusingan 32 terbaik dan bakal berdepan salah satu pasukan tempat ketiga terbaik di Mexico City.

Korea Selatan kini menghuni tangga kedua dengan tiga mata manakala Republik Czech dan Afrika Selatan masing-masing masih berpeluang mara selepas mengumpul satu mata.

Mexico akan menutup kempen kumpulan menentang Republik Czech dalam aksi yang tidak lagi memberi kesan kepada kedudukan mereka manakala Korea Selatan akan bertemu Afrika Selatan.

Terdahulu, Afrika Selatan dan Republik Czech seri 1-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan A. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast