[GAMBAR ARKIB] Hakim Danish Ramli

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih podium utama di Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.

“Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan,” kata beliau menerusi hantaran di platform X.

Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3.

Kali terakhir Malaysia memenangi saingan Moto3 menerusi Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.

Kejayaan itu merupakan penampilan kedua Hakim Danish di podium musim ini, selepas mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga, bulan lepas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast