Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi (MT) malam esok bagi membincangkan isu berkaitan keanggotaan gabungan itu.
Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung di ibu pejabat PN jam 8.30 malam berdasarkan notis yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun lalu.















