MuhKUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di ibu pejabat Pas, malam ini.
Ketibaan Timbalan Pengerusi PN itu kira-kira pukul 8.26 malam dan terus naik ke bangunan ibu pejabat Pas ditemani Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Mesyuarat berkenaan diadakan susulan notis panggilan yang dikeluarkan dalam tempoh singkat kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) PN.
Difahamkan, kesemua 21 anggota MT PN hadir pada mesyuarat tersebut termasuk Timbalan Pengerusi serta beberapa pemimpin kanan gabungan berkenaan.
Mesyuarat berkenaan dijangka membuat beberapa ketetapan penting berkaitan hala tuju PN menjelang perkembangan politik semasa.
Mesyuarat akan dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar sebagai Pengerusi PN.
Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa dan kepimpinan Pas antaranya Tan Sri Abdul Hadi Awang. – Malaysia Gazette
















