Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor yang juga calon N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Pengumuman itu dalam Majlis Pengumuman Calon BN Bagi PRN Johor di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Pada PRN 2022, Onn Hafiz memenangi memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau meraih undi sebanyak 11,029 undi menewaskan pesaing Azlisham Azahar (Perikatan Nasional-Pas), R Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia-MUDA) dan Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air).

Onn Hafiz juga pernah memenangi kerusi DUN Layang Layang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dengan majoriti tipis 364 undi selepas menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murugan Muthu Samy. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast