TEHRAN – Perdana Menteri Pakistan menegaskan program peluru berpandu Iran tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan mahupun memorandum persefahaman (MoU) yang menjadi pengantara antara Iran dan Amerika Syarikat.
Shehbaz Sharif membuat kenyataan itu dalam satu sidang media bersama delegasi Iran yang diketuai oleh Presiden Masoud Pezeshkian di Islamabad pada hari Selasa.
Agensi berita Irna melaporkan Sharif sebagai berkata, isu peluru berpandu balistik tidak pernah dibangkitkan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat, tidak berada di meja rundingan, dan tidak termasuk dalam MoU dalam apa jua bentuk.
Beliau menegaskan perkara itu tidak menimbulkan sebarang keraguan.
Dalam pada itu, Pezeshkian menekankan hubungan erat antara Tehran dan Islamabad, sambil menyifatkan Pakistan sebagai lebih daripada sekadar negara jiran. – Agensi
















