Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap kepada media mengenai isu politik ketika di Pejabat Ketua Pembangkang, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2026.

KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) 2026.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, partinya hanya akan memberi sokongan kepada calon yang dirasakan boleh memberi kemenangan.

“Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan berbincang mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

“Selepas itu akan ada satu lagi pengumuman berkaitan calon mana yang akan kita sokong dan bantu kempen,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya mengenai ketiadaan calon dari Wawasan itu, Hamzah berkata, soal calon sudah dibincangkan oleh Perikatan Nasional (PN) lebih awal sebelum parti tersebut diterima menyertai gabungan berkenaan.

“Tak mengapa, kita pun pernah menyertai PRN Johor sebelum ini.

“Fokus untuk membantu calon-calon boleh menang dan membentuk kerajaan negeri,” katanya lagi.

PRN Johor akan berlangsung pada 11 Julai depan dengan penamaan calon pada 27 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast