JOHOR BAHRU – Keputusan Parti Bersama Malaysia (Bersama) menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan meletakkkan 15 calon adalah satu langkah kamikaze atau kerja gila sebagai sebuah parti baharu.
Peneraju Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah tersebut amat bersejarah kerana PRN Johor merupakan pilihan raya pertama yang disertai walaupun parti berkenaan baru sahaja ditubuhkan.
“Kita tidak mahu satu penanda aras yang tinggi (dalam PRN Johor) tetapi kita sudah tanam satu benih (bertapak) yang terus relevan. Ini akan bermulanya budaya politik yang keluar daripada kerangka lama.
“Kita berharap bermula PRN Johor calon-calon Bersama akan mencetuskan satu ‘golombang kuning’ sebelum (jadi fenomena) ke seluruh negara,” ujarnya.
Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Majlis Pengumuman 15 Calon Bersama Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di tempat parkir Paragon Market Place di Tampoi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umum Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Nik Nazmi berharap, calon-calon Bersama akan membuat kejutan dan perkara tersebut tidak mustahil kerana menampilkan latar belakang yang berkualiti dan hebat.
Sementara itu dalam sidang akhbar, Rafizi berkata, Bersama akan menggunakan ahlinya yang berada di seluruh negara untuk membantu 15 calon-calonnya berkempen dalam PRN Johor.
“Kira-kira 400 ahli Bersama akan bertugas di setiap kawasan yang kita tandingi,” ujar bekas Menteri Ekonomi dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Bersama juga katanya, akan menggunakan sukarelawan untuk membantu mereka berkempen dan tidak perlu seperti parti lain yang mengeluarkan kos besar semata-mata untuk berkempen.
Berikut adalah calon Bersama untuk PRN Johor
Bukit Naning – Iskandar Mat Alias
Mahkota – Abd Hamid Ali
Tiram – Harith Fakhrudin Abdul Malek
Puteri Wangsa – Nicholas Paul Vincent
Johor Jaya – Lau Yi Leong
Permas – Dr zamil najwah
Larkin – Norsinah Abu
Stulang – Stanley Tan
Perling – Boo Wei Han
Kempas – Salamahhafifi Yusnanineny
Skudai – Eugene Chua
Kota Iskandar – Sahrudin Omar
Bukit Permai – Aidil Riduan
Bukit Batu – G Tamili
Senai – Tew Chuan How- MalaysiaGazette
















