Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru lelaki ditahan bagi membantu siasatan dakwaan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa kira-kira jam 9.25 pagi pada 15 Jun lepas.

“Mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di daerah Temerloh mendakwa menerima gangguan amang seksual sejak tahun 2025.

“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di kawasan Kuala Krau, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Bertindak atas maklumat, Mohd Nasyim berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh menahan seorang lelaki berusia 38 tahun pada 16 Jun lalu.

Katanya, polis turut dirampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam perbuatan amang seksual berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.  Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, satu hantaran tular di media sosial sejak semalam berkaitan kes amang seksual melibatkan seorang guru di daerah Temerloh. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast