Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

KUALA LUMPUR – Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) kini diperluas ke fasa baharu menerusi di platform e-dagang iaitu Jualan Ihsan Rahmah bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan barang keperluan pada harga berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, insiatif itu digerakan dengan kerjasama Tik Tok Shop sebagai perintis e-dagang pertama yang membawa konsep jualan Rahmah dalam ekosistem digital.

“Sebenarnya KPDN sudah lama mempertimbangkan  apa lagi bentuk penambahbaikan yang kami ingin laksanakan untuk PJRM selain daripada jualan dalam premis, luar premis dan mobil.

“Pernah juga terfikir, ada yang cadangkan kenapa tidak kita buat Jualan Rahmah online? tetapi  kerajaan ingin laksanakan sesuatu perkara perlu fikir semua aspek berdasarkan sumber yang ada. Kalau kita buat online, nanti ada orang cakap hanya orang tertentu dapat.

“Namun syukur alhamdulillah, walaupun kerajaan  belum laksanakan program Jualan Rahmah online, nampaknya TikTok merintis usaha untuk menjalankan Jualan Ihsan Rahmah ini yang  secara dalam talian,” katanya ketika merasmikan Pesta JomLokal 2026: Lokal Jaga Lokal anjuran TikTok Shop di ibu negara, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Tambah Armizan, menerusi program tersebut pengguna boleh membeli 75 jenis barangan keperluan (SKU) pada harga diskaun secara dalam talian daripada peruncit terpilih seperti Hero Market dan Kedai FGV.

“Sebagai pemacu utama insitiasif ini, TikTok Shop menyalurkan sebanyak RM180 juta bagi memastikan manfaat e-dagang ini dapat dinikmati secara meluas untuk rakyat.

“Antara usaha dilaksanakan iaitu pemberian baucar ihsan dengan diskaun sehingga 30 peratus untuk barangan terpilih, pelaksanaan kadar komisen sifar peratus bagi 56 sub-kategori barangan dan pengurangan yuran platform untuk 39 subkategori lain.

“Selain itu, pemberitan rebat penghantaran sebanyak RM2 bagi setiap pesanan yang layak di seluruh negara, sebagai usaha mengurangkan kos pembelian dalam talian yang ditanggung pengguna,” jelasnya.

Katanya lagi, pendekatan itu mampu memberi manfaat kepada pengguna menerusi harga lebih berpatutan, malah membantu peniaga mengurangkan kos operasi dan mengembangkan perniagaan.

“Melalui kerjasama strategik ini, agenda mengupayakan sara hidup rakyat dilaksanakan melalui penawaran barangan pada harga berpatutan, selain membuka ruang penjanaan pendapatan kepada peniaga tempatan.

“Kementerian akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta dalam agenda memartabatkan produk tempatan dan mengupayakan sara hidup rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast