Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor memberi amaran kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan agar menjaga adab ketika berada di dalam Dewan Rakyat.

Beliau turut menegaskan, akan mengarahkan Mohd Sany keluar dari dewan sekiranya mengulangi perbuatannya yang dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat.

“Yang Berhormat Hulu Langat, apa masalah? Yang Berhormat, majlis (Dewan Rakyat) ada adab. Sekali lagi Yang Berhormat buat, langgar. Saya akan halau keluar dewan, saya serius,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Sany sebelum itu bangkit mencelah ketika Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Ahli Parlimen Batu Pahat merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri Senggarang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 11 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast